Monday, February 28, 2011

PIL PERANCANG - (REVIEW PRODUCT) DAN BERSEDIA KE ARAH ITU.........'ssssssss

Assalammualaikum...>___<

haruslah bermula dengan menempelkan muka sendiri dahulu....ha ha ha....*muntah tak muntah tak* >__<

hari ni nak review product perancangan keluarga yang ada dalam pasaran nak tau kelebihan dan keburukan pil pil perancang ini....so lets read babe.....

*gambar hiasan* product perancang keluarga jenama -yasmin-



PIL perancang terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu:

- Pil berhormon tunggal (progestin sahaja) seperti Noriday,

- Pil berkombinasi estrogen dan progestin seperti Marvelon, Nordette, Regividon, Loette, Mercilon, Minulet dan Meliane atau

- Pil yang tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin.

Pil berhormon tunggal

Pil perancang berhormon tunggal tidak mengurangkan penghasilan susu badan, ia lebih bersesuaian untuk ibu yang memilih untuk terus menyusu badan, namun ia mungkin menyebabkan gangguan haid serta memberi kesan sampingan lain seperti penambahan berat badan.

Pil berhormon kombinasi pula mempunyai banyak kelebihan lain. Antaranya:-

 Mengurangkan jumlah darah sewaktu haid. Ini akan mengurangkan risiko anaemia, lantas mengurangkan keperluan rawatan penambahan hemoglobin darah misalnya pil zat besi, suntikan zat besi dan pendermaan darah.

- Menjadikan kitaran haid teratur. Pil perancang ada digunakan sebagai rawatan gangguan kitaran haid, satu keadaan yang sering dialami oleh gadis-gadis sewaktu awal didatangi haid.

- Mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 50 peratus.

- Mengurangkan risiko kanser rahim sebanyak 50 peratus.

- Mengurangkan risiko penyakit benign pada payudara

- Mengurangkan risiko penyakit peradangan pelvis (PID)

- Mengurangkan risiko endometriosis

- Mengurangkan senggugut

Namun, pil perancang berkombinasi juga mempunyai kekurangannya. Kandungan hormon estrogennya dikaitkan dengan risiko pembekuan darah dalam saluran vena yang boleh menyebabkan keadaan venousthromboembolism yang membahayakan. Risiko ini bagaimanapun kecil sahaja dan jauh lebih rendah jika dibandingkan jika wanita itu hamil.

Ia tidak sesuai untuk wanita yang disyaki mempunyai risiko penyakit jantung. Kandungan hormon progestin pula berkaitan dengan keadaan air tertahan di dalam badan menyebabkan sedikit penambahan berat badan serta masalah jerawat.

Dengan itu kini, ada jenis pil perancang yang didatangkan dalam dos yang lebih rendah (ultra rendah) bagi mengurangkan kesan sampingan di atas seperti penambahan berat badan dan jerawat.

Bagaimanapun, jenis lain yang sudah lama ada di pasaran juga masih dikategorikan sebagai rendah kandungan hormon.


Pil yang tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin
Jenis berkombinasi tetapi tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin pula lebih terkini di pasaran. Ketiadaan hormon progestin juga bermakna ia tidak menyebabkan penahanan air di dalam badan dan penambahan berat badan serta masalah kulit berminyak atau berjerawat.

Namun ia masih mempunyai kesan sampingan hormon estrogen seperti di atas. Selain ketiga-tiga jenis di atas, ada satu lagi jenis tambahan yang mengandungi hormon estrogen bersama-sama anti-androgen seperti Diane-35. Ia mempunyai kesan tambahan khas iaitu merawat masalah jerawat dengan berkesan.


Walau apa pun

Ada berpuluh jenama pil perancang di Malaysia. Ia lebih berupa sistem kafetaria iaitu pilihan jenis banyak tersedia untuk wanita memilihnya mengikut kesesuaian masing-masing. Anda seeloknya berbincang lebih lanjut dengan doktor anda mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jika jenis A lebih sesuai untuk seseorang, tidak semestinya ia sesuai untuk semua atau orang lain. Selain itu, tidak semestinya pil yang lebih terkini atau lebih mahal bermakna ia lebih baik untuk semua wanita. Ada wanita yang mudah mengalami penambahan berat badan maka dia lebih mementingkan soal penambahan berat badan, manakala ada wanita sudah serasi dengan jenama pil tertentu sejak anak pertama lagi dan mahu meneruskannya selepas kelahiran berikutnya.

*sekian info kali ini..........>____<

semoga semua dapat manfaat nyer......
aku pun nak try gak salah satu product kat atas nih....so tgk je la nanti aper kesannyer yer....
tapi pernah dengar tak mak nyah mek nyah banyak yang menggunakan pil pil hormon nih untuk mencantik dan memanTOPkan lagi kulit dan tubuh badan....betul ke ?.......ikuti kisahnya entry selepas ini.....*

Chaw bedah.........

No comments:

Post a Comment