Assalamualaikum wbt.......>_<
hari ni tergerak hati nak up entry pasal penyakit asthma atau lelah sebab my officemate ni anak die ade penyakit tersebut ... Kesian kan kalo kite tgk budak budak or baby yang kene penyakit camni .... bagi iolss yang tidak mempunyai anak yang menghidap penyakit camni ...memang zero knowledge la.... cuma dengar orang kata tak bole sejuk so asthma akan menyerang..... so jom kite search info pasal athma or lelah ni untuk panduan kita bersama .... info yang berguna sangat sangat ni.... (credit to happyhealthylifeshop.blogspot.com)
Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma.
Asthma tidak boleh disembuhkan, tetapi simptom-simptomnya boleh dikawal. pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh menyebabkan anda diserang asthma.anda mungkin memerlukan pengambilan rawatan jangka masa panjang untuk mencegah radang menjadi lebih teruk. Dan juga rawatan jangka masa pendek(kecemasan) untuk mengawal simptomnya apabila diserang asthma.
INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA
Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
- Latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma
- Jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak kanak
- Terdedah kepada asap rokok
- Persekitaran yang terdedah kepada bahan bahan yang boleh menyebabkan asthma seperti pekerja pekerja yang menggunakan bahan kimia
- Kurang berat badan ketika lahir
- Berat badan yang berlebihan
SIMPTOM
- Pernafasan yang pendek
- Sakit sakit dada
- Sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek,batuk dan desahan
- Bunyi desahan (seakan siulan) yang lewat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh di dengar
- Batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika di jangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema mahupun demam
Serangan asthma semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah dan kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot otot pada laluan pernafasan (untuk membuka laluan pernafasan)
PENCEGAHAN
- Buat 1 perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma
- Kenalpasti dan elakkan punca punca asthma
- Pendawasan terhadap pernafasan anda
- jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma sudah terkawal
Semoga dengan info yang sedikit ini dapat kita manfaat kan untuk kesejahteraan keluarga kita di masa akan datang .....
di sini jugak nak ambil kesempatan nak tunjukkan testimoni yang mana seorang ibu berusaha menggunakan produk shaklee untuk merawat anaknya yang menghidap penyakit asthma selain daripada rawatan hospital.
Berkat usaha,doa dan tawakkal ..... inshaa allah....
sekian untuk mendapat kan produk shaklee
sms/whatsapp/wechat saya pengedar sah shaklee anda
017 2543070