Friday, October 3, 2014

KEBAIKAN SUSU IBU

ASSALAMMUALAIKUM...... >_<

Hari ni ahkak nak bercerita tentang kebaikan susu ibu ....since ahkak pon sekarang tgh jadi breastfeed mother so ahkak willing sangat nak cerita tentang kebaikan susu ibu ni dari segala segi .


KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU PADA BAYI 

  1. Kaya antibodi melidungi bayi dari jangkitan dan alahan 
  2. Mempunyai komposisi zat makanan yang cukup dan suhu yang sesuai 
  3. Mengelakkan dari kekurangan zat makanan dan cirit birit serta penyakit salur pernafasan
  4. Mengurangkan risiko pada alahan 
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ)
  6. Kurang risiko diabetes, pneumonia, jangkitan telinga pada kanak kanak 
  7. Menggalakkan tumbesaran
  8. Penghadaman yang mudah 
  9. Jimat masa dan wang 

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU
  1. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak (bonding)
  2. Melindungi kesihatan ibu
  3. Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan 
  4. Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
  5. Mempercepatkan proses penurunan berat badan selepas bersalin
  6. Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan 
  7. Mudah dan tidak perlu persediaan

KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT KE KULIT (SKIN TO SKIN) SEJURUS SELEPAS BERSALIN
  • Menenangkan ibu dan bayi
  • Memanaskan badan bayi
  • Mengurangkan tangisan bayi
  • Membolehkan kolonisasi bakteria baik di sistem penghadaman
  • Membantu adaptasi metabolik dan penstabilan paras glukosa darah bayi
  • Erat kasih sayang


KEPENTINGAN MEMULAKAN PENYUSUAN AWAL DALAM 1 JAM SELEPAS KELAHIRAN
  • Merangsang penghasilan susu ibu yang cepat dan berterusan 
  • Bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat
  • Kolostrum menjadi imunisasi pertama untuk bayi
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi
  • Membantu dalam pengecutan rahim untuk mengelakkan pendarahan selepas bersalin

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU MENGIKUT KEHENDAK BAYI 
  1. Merangsang penghasilan dan pengaliran susu ibu dengan cepat
  2. Mengekalkan penghasilan susu ibu secara berterusan 
  3. Mengelakkan berlakunya bengkak payudara
  4. Menyusukan bayi dengan kerap dan tanpa had akan membantu menghasilkan susu ibu yang banyak

RISIKO DAN BAHAYA BAYI YANG TIDAK DI BERI SUSU IBU
  1. Bayi lebih kerap mendapat jangkitan 
  2. Jika susu dicairkan boleh menyebabkan kekurangan zat 
  3. kesihatan ibu terjejas risiko tinggi kanser payudara dan ovari
  4. Obesiti di kalangan kanak kanak di kemudian hari
  5. Mudah mendapat cirit birit
  6. Kurang membantu erat kasih sayang
  7. Kurang nutrien penting untuk perkembangan otak

KEPENTINGAN MENERUSKAN PENYUSUAN IBU SELEPAS 6 BULAN 
  • Penerusan penyusuan ibu boleh membekalkan 1/3 hingga 1/2 daripada keperluan kalori bayi berumur 12 bulan dan perlu di teruskan hingga berumur 2 tahun atau lebih.Susu ibu sangat penting di teruskan :
  1. Membekalkan kalori untuk pertumbuhan 
  2. Mengandungi zat penting yang berubah mengikut usia dan keperluan bayi
  3. Bayi menjadi lebih sihat - antibodi, cepaat sembuh dari penyakit
  4. Membantu tumbesaran
  5. Menguatkan pertumbuhan rahang dan pembentukan gigi
  6. Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan dan pertuturan

 *sumber dari unit penyusuan PPUM* semoga info yang diberi di atas dapat sedikit sebanyak menyedarkan kita akan kepentingan susu ibu pada ibu dan bayi .











No comments:

Post a Comment